Write For Us

Terima kasih doa kesihatan Anwar, kata Wan Azizah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
114 Views
Published
Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur, semalam akibat masalah tekanan darah kurang stabil kini terkawal, kata isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah presiden PKR.
"Alhamdulillah keadaan beliau adalah terkawal.
“Semalam saudara Anwar Ibrahim telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kerana tekanan darah yang kurang stabil.
“Dari semasa ke semasa, saudara Anwar akan dibawa ke HKL untuk beberapa hari bagi tujuan pemeriksaan yang dijadualkan, serta untuk pemantauan dan rawatan oleh pasukan doktor pakar yang ditugas menjaga kesihatan beliau,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para doktor dan semua pihak yang mendoakan kesihatan suaminya.
“Seperti yang beliau sebutkan semalam, perubahan sudah menghampiri kita ("change is imminent"), maka kita perlu berdoa dan berusaha untuk memastikan kemenangan rakyat pada PRU14 kelak, insya-Allah,” katanya.
Anwar yang juga adalah ketua umum PKR sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di penjara di Sungai Buloh atas kesalahan meliwat, dakwaan yang menurutnya bermotifkan politik.
Beliau dijangka dibebaskan pada pertengahan 2018.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment