Write For Us

"Terima kasih polis," kata bos Malaysiakini

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
119 Views
Published
Ketua Pengarang Kumpulan Malaysakini, Steven Gan melahirkan penghargaan kepada pihak polis yang cekap menjaga keselamatan sehingga protes kumpulan Baju Merah yang diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos di hadapan pejabat Malaysiakini, bersurai.
Dianggarkan 700 peserta kumpulan Baju Merah berhimpun bagi menuntut pihak kerajaan menutup operasi Malaysiakini yang didakwa menerima dana George Soros, melalui Open Society Foundations (OSF).
Malaysiakini sudahpun menjelaskan berkaitan dana diterima mereka dan maklumat itu boleh disemak di laman web berkenaan.
Dijelaskan juga bahawa geran diterima daripada Open Society Foundation (OSF) digunakan untuk menghasilkan program berita berkaitan Sarawak.
Mereka menyatakan Malaysiakini sudah menyediakan penjelasan terperinci berhubung isu berkenaan dan ia boleh dibaca pada laman web portal berita berenaan, manakala aspek kewangan sudah diaudit setiap tahun dan terbuka kepada penelitian Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Pengarang Malaysiakini juga menolak dakwaan Jamal bahawa mereka mempunyai agenda untuk merosakkan sistem demokrasi di negara ini sebaliknya hanya menyediakan laporan alternatif, yang juga menjadi tunjang kepada sesebuah demokrasi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment