Write For Us

'Terima kasih Najib, ini bukti kejayaan program Anwar'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kejayaan seorang usahawan wanita yang bernama Wan Azizah Wan Salleh yang dibantu melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merupakan hasil program khas membasmi kemiskinan yang dihidupkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1987.
Wan Azizah berkata program khas itu diusahakan daripada hasil penyelidikan dan kertas cadangan dari pasukan penyelidik Universiti Sains Malaysia yang kemudiannya diangkat Anwar yang pada ketika itu sebagai menteri pelajaran.
"Terima kasih Pekan atas jemputan Kak Wan kelmarin. Dan bersusah payah menjemput Kak Wan Azizah Wan Salleh ke dewan yang mulia ini. Tahniah saya ucapkan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia di atas kejayaan membimbing seorang usahawan wanita sehingga berjaya.
"Saya ingin mengingatkan di dewan yang mulia ini, asal usul usaha ini bermula daripada hasil penyelidikan dan kertas cadangan dari pasukan USM yang telah diangkat pada tahun 1987 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, menteri pelajaran pada ketika itu menjadikan program khas dalam usaha membasmi kemiskinan rakyat.
"Program khas inilah Amanah Ikhtiar Malaysia. Kejayaan Kak Zah membuktikan kejayaan program yang dihidupkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Wan Azizah dalam ucapan perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat pembangkang apabila beliau menyebut nama “seorang insan bernama Wan Azizah”.
Wan Azizah yang dirujuk oleh Najib itu usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang berjaya menjadi jutawan di bidang ternakan dan pemprosesan ayam, dengan modal permulaan hanya sebanyak RM500 ringgit sejak 1993.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment