Write For Us

"Tidak setuju!" tegas TMJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
138 Views
Published
Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan betapa beliau tidak bersetuju untuk melepaskan skuad bola sepak kebangsaan ke Pyongyang, Korea Utara Kelayakan Piala Asia 2019, pada 8 Jun ini.
Dalam satu kenyataan, Tunku Mahkota Johor berkata kerajaan Malaysia tidak menggalakkan pasukan Harimau Malaya untuk pergi ke Korea Utara disebabkan oleh isu diplomatik yang sedang berlaku sekarang ini.
Tunku Ismail berkata, beliau tidak setuju sama sekali skuad negara pergi ke Korea Utara tetapi keputusan tersebut terletak pada kerajaan dan menteri.
Tambah beliau, keutamaannya adalah keselamatan rakyat Malaysia dan FAM harus membuat keputusan untuk meletakkan keselamatan rakyat sebagai agenda pertama dan bukan membuat keputusan berdasarkan situasi politik.
Terdahulu, AFC mengumumkan aksi antara Malaysia dan Korea Utara dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 akan dilangsungkan di Pyongyang.
Keputusan itu dicapai berikutan pengesahan FAM bahawa tiada sekatan perjalanan dikenakan kerajaan.
Skuad Harimau Malaya asalnya dijadual menentang Korea Utara di Stadium Kim Il-sung di Pyongyang pada 28 Mac lalu tetapi kerajaan melarang pasukan itu daripada pergi ke sana atas sebab keselamatan.
Ia susulan ketegangan antara kedua-dua negara akibat pembunuhan Kim Jong-nam yang juga abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lalu.
Dalam pada itu, Tunku Ismail juga menyatakan kebimbangan juga timbul dengan kemungkinan skuad negara akan disingkirkan daripada mana-mana perlawanan AFC pada masa akan datang.
Seolah-olah buntu dengan situasi semasa, Tunku Ismail melontarkan persoalan apa yang perlu dilakukan kini.
Menurutnya, beberapa jurulatih yang pernah pergi ke negara tersebut berkata situasi di Korea Utara agak teruk.
Beliau juga khuatir dengan masalah jaminan keselamatan serta layanan kemudahan penginapan dari segi tempat tinggal dan makanan termasuk isu sabotaj.
Seperkara lagi, katanya, beliau turut khuatir masalah mutu pengadilan di sana kerana sekiranya terdapat keputusan yang tidak menyebelahi Korea Utara pastinya keselamatan pengadil akan terjejas sekali gus membuatkan pengadil tersebut akan tertekan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment