Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku pernah melawat Geely di China dan juga pernah melawat banyak syarikat automotif di dunia.
Mahathir mendakwa, lawatannya itu adalah untuk menjalinkan usahasama dari segi memperbaiki enjin Proton, tetapi ditolak oleh pihak pengurusan Proton.
Oleh itu, katanya, Proton mengalami masalah aliran tunai, bukan sahaja gagal mencapai jualan lebih 8,000 unit sebulan, malah vendor juga tidak lagi membekal alat ganti kerana tidak dibayar.
Jelasnya, kereta Proton setanding dengan kereta import yang sama harganya namun mereka tak tidak berpuas hati tidak menggunakan Proton dan tidak tahu kualiti yang ada pada Proton.
Mahathir juga mempersoalkan apakah dengan pegangan melebihi 0.1 peratus maka pihak yang memiliki 49.9 peratus tidak mempunyai apa-apa kuasa langsung.
DRB-HICOM memeterai perjanjian dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd yang berpangkalan di China bagi membolehkan syarikat tersebut membeli 49.9 peratus pegangan dalam Proton.
Perjanjian itu akan membolehkan Proton memanfaatkan platform meluas dan rangkaian kuasa Geely Holding serta membuka peluang Proton untuk mempunyai akses ke pasaran sedia ada pengeluar kereta China itu.
Geely merupakan pemilik Volvo Car Corporation dan The London Taxi Company, antara pengeluar kereta penumpang utama di China.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment