Write For Us

Tun M: Tunggu minggu ni...

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
114 Views
Published
Pakatan Harapan (HARAPAN) merancang langkah seterusnya jika Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak memberi kelulusan kepada gabungan itu untuk mendaftar.
Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah tersebut akan diumumkan minggu ini.
“Kami akan mengadakan beberapa tindakan susulan yang akan di umum dalam minggu ini.
“Tapi Pelan B kita tidak boleh bagitahu (sekarang),” katanya dalam sidang media di Pejabat Pembangkang di Parlimen hari ini.
Mahathir turut menyindir tindakan kerajaan yang sengaja melambat-lambatkan pendaftaran HARAPAN kerana bimbang BN akan kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Jadi mereka akan umum (pendaftaran HARAPAN) tiga hari sebelum PRU supaya kita tidak ada logo, tidak ada undang-undang untuk patuhi. Kita jangkakan kerajaan buat apa sahaja tindakan untuk kecewakan kita,” katanya.
HARAPAN telah mengemukakan permohonan kepada ROS sejak 24 Julai bersamaan 99 hari namun sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklum balas.
ROS turut berpendapat logo pertubuhan yang menggabungkan PKR, DAP, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) perlu diperbaiki.
Pada 21 Oktober lalu pula - selepas diberitahu belum mendapat sebarang maklum balas daripada ROS - Mahathir menyatakan rasa kecewanya kerana HARAPAN masih belum didaftarkan walaupun logo baru sudah dikemukakan.
Semalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis di parlimen berkata ROS bertanggungjawab untuk meneliti setiap permohonan mendaftarkan parti politik yang diterima.
KDN turut berkata penelitian yang cermat diperlukan bagi memelihara aspek keselamatan dan kepentingan awam.
Mahathir mendakwa kelewatan kelulusan itu merupakan bayangan ketakutan BN untuk menghadapi HARAPAN pada pilihan raya umum akan datang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment