Pakatan Harapan akan memutuskan isu logo bersama minggu depan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Majlis Presiden HARAPAN akan bermesyuarat pada Selasa setiap minggu.
HARAPAN terpaksa memilih antara logo DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) setelah gabungan itu masih tidak tidak berjaya didaftarkan secara rasmi.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) juga sedangberdepan masalah pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Lim sebelum ini memberitahu DAP akan bertanding sama ada menggunakan logo sendiri atau HARAPAN.
Setakat ini, BERSATU dan AMANAH sudah bersetuju bertanding menggunakan logo PKR dalam pilihan raya umum yang mesti diadakan sebelum 24 Ogos depan.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak disebut-sebut akan membubarkan parlimen Jumaat ini.
Pemerhati melihat minggu pertama Mei sebagai masa terbaik untuk pengundian sebelum tibanya bulan puasa Ramadan.
Setakat Isnin lepas, jawatankuasa eksekutif pusat DAP dalam mesyuarat di ibu pejabat di Kuala Lumpur masih gagal memutuskan perkara itu.
Difahamkan DAP bimbang penggunaan logo PKR akan mengelirukan pengundi dan pemimpin akar umbi mereka.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment