Write For Us

Ubah sistem supaya Najib jadi diktator terakhir perintah Malaysia - Nurul Izzah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang bercakap bagi pihak keluarga Anwar, berkata sejarah yang melibatkan perjuangan reformasi tidak harus dilupakan.
Kata Nurul Izzah, ia bukan mengenai Anwar, tetapi tegasnya, Anwar telah membentuk tuntutan "bagi kita mengubah sistem, supaya Najib akan menjadi diktator terakhir yang pernah memerintah Malaysia".
Sambil meminta supaya perkara itu disebarkan, Nurul berkata: "Kita tidak mahu sama ada Rafizi Ramli, Tian Chua, ​​Lim Guan Eng dan ramai lagi yang bakal dihadapkan ke dalam penjara kerana keberanian mereka mengkritik pemimpin yang zalim dan diktator".
Terdahulu, sekumpulan aktivis muda berikrar untuk menjelajah kerusi kubu Umno untuk menyebarkan mesej perjuangan pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini adalah sebahagian daripada kempen FreeAnwar anjuran kumpulan #BebasAnwar bagi mengingatkan rakyat terhadap perjuangan Anwar dalam politik.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran jelajah tersebut, yang dijadualkan akan diadakan di Semenanjung Malaysia selepas 10 Februari, atas sebab-sebab keselamatan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment