Write For Us

'Umno parti yang betul', Jamal doa Khir Toyo kekal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos mendakwa bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menjadi penaja kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian Tanjung Karang.
Jamal mengakui mempunyai salinan borang keahlian BERSATU Khir yang masih dalam simpanannya dan tidak akan mendedahkan selagi Khir tidak isytihar secara rasmi.
Dalam masa yang sama Jamal berharap berita yang didengarinya itu walaupun mempunyai bukti berdoa bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu masih tetap dalam perjuangan UMNO.
Bagaimanapun, Jamal tidak mendedahkan salinan borang keahlian Khir kepada pihak media.
Sebelum ini, Khir dilihat agak cenderung menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau bersetuju dengan pandangan Mahathir bahawa UMNO telah dikuburkan selepas PRU14 dan Bersatu kini mengambil alih tugas menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini.
Mengulas mengenai dakwaan Jamal itu, Khir yang dipetik dalam laporan Malaysia Gazzette menafikan dakwaan beliau menyertai parti pimpinan Mahathir itu.
Khir berkata, sehingga kini beliau tidak mendengar lagi khabar angin mengenai perkara berkenaan apatah lagi menjadi penaja parti komponen Pakatan Harapan itu di Parlimen Tanjung Karang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment