Write For Us

Usah laga-lagakan lagi - Anwar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perbezaan pendapat dalam PKR ketika ini hanyalah isu kecil dan tidak akan menggugat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Menurut Anwar, semua pemimpin sudah menyatakan persetujuan untuk datang berkempen dan berharap usaha untuk melaga-lagakan antara satu sama lain dihentikan.
Tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, yang penting pada masa ini adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat, memastikan ekonomi berkembang dan bekerja sebagai satu kumpulan.
Anwar sebelum ini menasihatkan timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar "tenangkan diri" berhubung isu tertentu.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Azmin melalui Twitter yang menyebutkan bahawa Malaysia memerlukan pemimpin yang akan berjuang sehingga ke saat akhir, dan bukannya pemimpin yang "cengeng".
Meskipun tidak menyebut nama pemimpin yang dimaksudkan, kenyataan menteri hal ehwal ekonomi itu dipercayai ditujukan buat anak perempuan Anwar yang juga bekas naib presiden PKR Nurul Izzah.
Kenyataan itu dibuat Azmin selepas media melaporkan wawancara Nurul Izzah dengan media Singapura yang antara lain menyatakan kekecewaan terhadap Pakatan Harapan (PH) kerana usaha perubahan yang perlahan di bawah pentadbiran kerajaan baru.
Nurul Izzah turut menyatakan kekecewaan kemasukan bekas pemimpin Umno ke dalam parti komponen PH.
Pada 22 Mac, Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan peletakan jawatannya itu dibuat susulan ketidaksefahaman PH mengenai pemilihan kepimpinan PAC.
PRK DUN Rantau 13 April ini diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN berkenaan pada PRU14, terbatal dan tidak sah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment