Write For Us

Visual: Ibu maut, anak enggan lepaskan dakapan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Seorang kanak-kanak berusia lima tahun seakan tidak percaya, apabila ibu yang didakapnya ketika menunggang motosikal tiba-tiba tidak bernyawa selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Matu-Daro di Bahagian Mukah.
Kemalangan maut yang meruntun jiwa tersebut menyebabkan kanak-kanak itu enggan melepaskan jasad ibunya, Aminah Jamiee, 44 tahun, yang terbujur kaku sambil disaksikan orang ramai yang berada di lokasi kejadian.
Dalam kemalangan sekitar jam 1.30 petang itu, wanita terbabit yang menunggang motosikal sedang menghala ke Pekan Matu sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Proton Iswara selepas melewati kawasan Jambatan Sungai Tebu, 11 kilometer dari Pekan Daro.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment