Write For Us

Walau dipotong, harga minyak telah meningkat - menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abd Ghani berkata rancangan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk mengurangkan pengeluarannya pada Januari 2017 tidak akan memberi kesan ketara kepada hasil kerajaan.
Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau berkata kesan pengurangan pengeluaran akan diimbangi dengan kenaikan harga minyak.
Beliau berkata demikian selepas sambutan ulang tahun ke-20 Prasarana Ampang di Stesen LRT Bukit Jalil hari ini.
Pada Rabu, syarikat minyak nasional itu menyatakan akan mengurangkan sehingga 20,000 tong sehari (bpd) minyak mentah daripada pengeluaran purata negara bermula Januari ini.
Petronas berkata pelarasan secara sukarela itu merupakan respons kepada persetujuan yang dicapai di Vienna, Austria, pada 10 Dis 2016 antara Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) dan pengeluar bukan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment