Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan wujudnya pertembungan puak dalam partinya.
Beliau menegaskan hanya ada satu kem dalam parti itu.
"Bagi kami, hanya ada satu kem - kem saya," katanya pada sidang media selepas taklimat calon Pakatan Harapan (HARAPAN) di Petaling Jaya hari ini.
Beliau mendakwa BN mencetuskan persepsi wujudnya perpecahan dalam PKR yang dikatakan menjadi punca kepada kemelut calon parti itu di Selangor mutakhir ini.
"Itu yang diperkatakan. Itulah persepsinya dan tentulah BN akan cetuskan perselisihan," katanya yang juga penyandang kerusi DUN Kajang.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment