Write For Us

Wan Azizah nafi Tun M tak setuju pencalonan Anwar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan dakwaan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan pemilihan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri pembangkang.
“Dia (Dr Mahathir) tidak mengatakan dia tak setuju, dia tidak perlu menamakan, itu tidak maksud dia tidak setuju,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Wan Azizah mengulas gelajat bekas perdana menteri itu yang pada Kongres PKR pada 21 Mei lalu tidak mengangkat sepanduk "Anwar PM ke-7".
Tindakan itu mengundang pelbagai spekulasi bahawa Mahathir yang kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak bersetuju tetapi apabila persoalan itu dikemukakan kepadanya, Mahathir mengakui bahawa Anwar adalah antara calon Pakatan Harapan.
Beliau bagaimanapun menekankan bahawa HARAPAN mesti terdahulu memenangi pilihan raya umum ke-14.
Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata beliau tidak fikir bahawa Mahathir membantah pencalonan Anwar.
“Saya tidak mendapat satu persaaan begitu, dia faham bahawa kita dekat Kongres PKR, mestilah kita mengemukakan nama Anwa sebagai perdana menteri.
“Tetapi nak sebut tak sebut itu tak jadi hal, kalau masalah kita kena menanglah, itu menjadi asas pertama untuk siapa pun jadi perdana menteri,” katanya.
Beliau berkata Anwar memang menjadi pilihan PKR, malah sebelum BERSATU menyertai Pakatan Harapan lagi.
Presiden PKR itu berkata, seorang perdana menteri sementara akan dipilih oleh ahli parlimen pembangkang sekiranya mereka berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang (PRU-14).
Menurut perkiraan beliau, ini kerana calon pilihan PKR, Anwar masih di penjara.
"Anwar masih dalam penjara. Jadi sudah tentu calon yang mendapat sokongan majoriti daripada ahli parlimen akan menjadi perdana menteri," katanya.
Beliau juga bersetuju membincangkan cara untuk menang pilihan raya lebih penting daripada isu calon perdana menteri sementara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment