Write For Us

Xavier cadang KL dikembalikan pada Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
171 Views
Published
ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar mencadangan Selangor wajar diberikan kuasa autonomi ekoran kemampuannya berdikari bagi menguruskan ekonomi, menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negeri lebih baik berbanding Kerajaan Persekutuan.
Menurut Xavier, kerajaan Persekutuan juga patut mengembalikan Kuala Lumpur kepada Selangor.
“Sekarang banyak isu autonomi dibangkitkan termasuk berkenaan Sabah dan ada juga bangkitkan isu Bangsa Johor. Jadi, mengapa Selangor tidak boleh dapatkan kuasa autonomi dan kembalikan Kuala Lumpur kepada Selangor,” katanya.
Xavier berkata demikian ketika membahaskan usul menyembah ucapan terima kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri hari ini.
Kata Xavier, Selangor boleh mengambil model di Amerika Syarikat, Kanada, India dan negeri lain yang mempunyai sistem kuasa autonomi lebih luas.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment