Write For Us

Zaidi ditampar, keganasan bukan budaya Malaysia, tegas Guan Eng

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kejadian di mana seorang pegawainya ditampar di hadapan sebuah masjid tidak sepatutnya berlaku.
Beliau berkata, keganasan itu bukan budaya Malaysia.
Seorang bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditampar peserta himpunan membantah campur tangan kerajaan Pulau Pinang di George Town pada Jumaat lepas.
Zaidi Ahmad dilaporkan oleh Harian Metro bahawa dia cuba membuat provokasi ketika bekas ketua pemuda PAS negeri itu, Mohamed Hafiz Nordin, menyampaikan ucapan.
Bagaimanapun Zaidi menafikan membuat provokasi semasa Mohamed Hafiz berucap.
"Saya berada di masjid itu ketika Hafiz berucap menuduh kerajaan Pulau Pinang campur tangan dalam fatwa negeri. Jadi saya bertanya kepada dia," katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Zaidi, dia cuma ingin tahu fatwa mana yang ada campur tangan kerajaan negeri, tapi tiba-tiba dia diserang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment