Write For Us

‘Terpulang kepada Dr Mahathir’

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
“SAYA sudah berusaha melaksanakan tanggungjawab seperti diamanahkan, terpulanglah kepada Dr Mahathir (Mohamad) sama ada menggugurkan nama saya untuk terus menerajui kementerian atau sebaliknya,”.
Itu reaksi Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mengulas mengenai namanya disebut-sebut antara enam menteri kabinet yang akan digugurkan dalam cadangan rombakan kabinet oleh Dr Mahathir.
Menurutnya, Dr Mahathir mempunyai kuasa prerogatif untuk melakukan rombakan barisan kabinet.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah menegaskan menteri kabinet tidak boleh mempertikaikan kerana rombakan kabinet adalah kuasa mutlak Perdana Menteri.
Beliau ditemui pada program Himpunan Usahawan Anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT) di Kuala Terengganu pada Ahad, 24 November.
Mohd Redzuan turut menasihatkan rakan menteri supaya tidak melatah atau berkecil hati jika nama digugurkan dalam barisan kabinet nanti.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment