Write For Us

"Ada kes tapi tak dakwa, tunggu Hari Pembalasan," kata Akhbar

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
157 Views
Published
Presiden Transparency International - Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar berpandangan Peguam Negara tidak perlu mengamalkan pendakwaan terpilih sekiranya mempunyai bukti yang cukup.
Kata Akhbar, walaupun Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mendakwa, sekiranya ada bukti cukup tetapi tidak mendakwa, tiada apa yang mampu dapat dilakukan kecuali menunggu Hari Pembalasan.
Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita pada sidang media hari ini.
Terdahulu, rakyat Malaysia disaran memilih ahli politik yang tidak korup menjelang pilihan raya umum akan datang.
Katanya, seruan itu bukan hanya untuk pemimpin-pemimpin parti kerajaan pemerintah, tetapi juga untuk pembangkang yang menguasai negeri.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2016 dunia menurun sebanyak satu mata kepada 49 berbanding 50 pada 2015.
Transperancy International (TI) dalam laporan dikeluarkan hari ini meletakkan Malaysia di belakang negara membangun seperti Brunie (41).
Kedudukan negara juga jatuh satu mata kepada 55 pada 2016 daripada 54 pada 2015.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment