Write For Us

Ali Rustam keluar Umno hari ini?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
92 Views
Published
Spekulasi Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dikatakan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini bertiup kencang.
Memetik laporan Astro Awani yang memetik sumber, khabar angin mengenai perkara tersebut sudah hangat di beberapa kumpulan sistem pesanan WhatsApp.
Jika berita mengenai penghijrahan Ali Rustam itu menjadi kenyataan. ia sekaligus akan menambah bilangan bekas ketua menteri Melaka yang keluar dari Umno selepas pengumuman dari Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Seri Adib Adam sebelum ini.
Menurut sumber itu lagi status mengenai seorang lagi bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron masih belum kedengaran.
Untuk rekod, Ali Rustam juga merupakan Bekas Naib Presiden UMNO.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment