Write For Us

Annuar tarik diri, TMJ menang presiden FAM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan penarikan diri daripada bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres FAM, Sabtu ini.
Beliau berkata keputusannya itu dibuat tanpa desakan dan perbincangan dengan mana-mana pihak kerana mahu memberi penghormatan dan laluan kepada pencabarnya, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Katanya, beliau memberi penghormatan kepada pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) itu agar baginda diberi kemenangan tanpa bertanding dan diisytiharkan sebagai presiden FAM yang baharu.
"Tunku Ismail perlu diberi peluang yang seluas-luasnya untuk melakukan sesuatu untuk bola sepak Malaysia. Kesungguhan dan komitmen yang dtunjukkan baginda boleh menjadi aset yang penting kepada FAM," katanya pada sidang media di Parlimen.
Katanya, pada 16 Nov tahun lepas, beliau telah menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Tunku Ismail dengan mencadangkan agar baginda memegang jawatan presiden, selain berjanji untuk mengikhtiarkan agar baginda menang tanpa bertanding.
"Hari ini saya tunaikan janji itu...saya berdoa perubahan yang sekian lama yang dinanti dan dijanjikan akhirnya menjadi realiti," katanya.
Annuar, yang juga anggota Parlimen Ketereh, berkata keputusan itu diambil secara jujur dan ikhlas demi untuk kebaikan dan masa depan FAM dan bola sepak negara.
"Saya tidak membincangkan dengan sesiapa kerana tidak mahu keputusan itu mempengaruhi saya walaupun dengan isteri saya sendiri," kata penasihat KAFA itu.
Katanya, keputusan untuk berundur itu tidak menghalang hasratnya untuk tetap menghadiri kongres pemilihan FAM itu.
Katanya, beliau akan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam membantu Kelantan meningkatkan lagi program bola sepak di peringkat akar umbi bagi melahirkan lebih ramai bakat di negeri itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment