Write For Us

'TMJ berundur kami tarik diri'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Ampersand Sports Sdn Bhd yang kini memegang hak eksklusif mencari penajaan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) bakal menarik diri jika Tunku Ismail Sultan Ibrahim berundur dari jawatannya di dalam badan induk bola sepak negara.
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan perkara ini dilontarkan secara terang oleh pengerusi Ampersand Sport Sdn Bhd, Tan Sri Vincent Lee Fook Long.
Katanya Ampersand tampil membantu Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mencari penaja adalah kerana TMJ.
"Sekiranya Tunku Ismail berundur dalam tampuk pemerintahan bola sepak negara ini, kami juga sedia untuk menarik diri"
Tan Sri Vincent turut menyatakan bahawa syarikatnya tidak mengikuti perkembangan bola sepak tempatan secara rapat namum mual tertarik untuk terbabit secara langsung kerana visi Tunku Ismail bagi bola sepak negara.
Ampersand mempunyai teknologi dan kepakaran untuk mengembangkan tajaan seperti yang telah dilakukan mereka di beberapa liga luar terutamanya di Indonesia.
Setakat ini 10 hingga 12 penaja telah dikenal pasti dan bersedia untuk menjadi penaja Liga M musim hadapan dedah Vincent.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment