Write For Us

Azmin nafi kena 'boo'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
75 Views
Published
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali mengakui bahawa terdapat kekecohan yang berlaku sewaktu sambutan Hari Peneroka Felda Kebangsaan di Rompin, Pahang semalam.
Namun, Azmin menafikan bahawa beliau diejek (boo) oleh hadirin ketika berucap di majlis tersebut.
"Tak ada.. saya di sana berucap panjang, ada sedikit gangguan di semalam, tapi bukan terhadap saya. Saya rasa ada sedikit kekecohan di belakang tapi kami tak tahu mengenainya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Menurutnya, beliau serta Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang turut berada di situ disambut dengan sangat baik oleh hadirin yang sanggup datang dari seluruh negara.
"Ia menggambarkan sokongan peneroka felda kepada model baru ni (kertas putih). Sebab itu perdana menteri guna ruang ni untuk mencerakinkan dan mengupas tentang apa dimaksudkan model baru Felda," katanya.
Beliau juga enggan mengaitkan bahawa kekecohan itu berlaku kerana beliau berada di negeri pentadbiran Umno, memandangkan menteri besar serta exco kerajaan negeri turut hadir dalam majlis tersebut.
Turut hadir Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Felda, Mohd Bakke Salleh; Pengarah Besar Felda, Dr Othman Omar, dan Ketua Peneroka Felda Sulong, Jamil Mohamed Shariff.
Semalam, satu klip video menyaksikan seakan-akan sorakan mengejek Azmin sewaktu berucap di hadapan ribuan peneroka Felda di majlis tersebut.
Apabila diminta mengulas mengenai kritikan dari Tokoh Ikon Felda Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang mengkritik peneroka, beliau hanya menyifatkan bahawa itu merupakan pandangan peribadi tukang masak terkenal itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment