Write For Us

Azmin nafi sindir Rafizi dalam ucapannya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
Calon timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan menyindir pencabarnya Rafizi Ramli ketika berucap merasmikan kongres pemuda dan wanita PKR malam ini.
Bercakap pada majlis pembukaan kongres nasional PKR di Shah Alam, beliau berkata calon dan pemimpin parti telah menjelajah ke seluruh negara.
"Pimpinan dan calon-calon yang menawarkan khidmat untuk berbakti kepada perjuangan telah bertebaran di seluruh pelusuk negara dari Sungai Petani ke Johor Bahru, Gombak ke Pandan dan merentasi Laut Cina Selatan untuk berkampung di Tawau, Pensiangan dan Julau," ucap Azmin.
Tempat-tempat yang disebut Azmin dalam ucapannya merujuk kepada kubu kuat Rafizi yang dijangka memberi banyak undi kepadanya.
Pada sidang akhbar selepas majlis perasmian, Azmin ditanya maksud beliau menyebut nama cabang PKR berkenaan.
Beliau menjawab cuma menyatakan fakta sahaja.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment