Write For Us

Azmin terkejut

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Malaysia akan melabur sehingga AS$24 billion atau RM100 billion) di Amerika Syarikat.
Azmin mempersoalkan pelaburan yang kononnya untuk "mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat" tatkala ekonomi negara sedang memerlukan pelaburan lebih besar selain daripada misteri mengapa Malaysia perlu membantu ekonomi terbesar di dunia.
Jelasnya, Malaysia adalah negara yang ekonominya sedang berkembang dan sedang melakukan yang terbaik untuk menarik pelaburan dari negara-negara maju, bukannya menghantar wang negara keluar dari negara ini.
Azmin berkata adalah sukar dipercayai bahawa KWSP, mengikut Najib, akan membelanjakan antara 3 bilion hingga 4 bilion US Dolar ke atas pembangunan semula infrastruktur di Amerika Syarikat.
Tanya Azmin, adakah Perdana Menteri cuba memberitahu rakyat Malaysia bahawa membantu Amerika Syarikat membina infrastruktur adalah lebih penting daripada membantu Sabah dan Sarawak membina jalan raya dan paip air.
Menurut Azmin, wang dalam KWSP adalah wang amanah untuk rakyat dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment