Write For Us

Wan Azizah terkejut

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merasakan tidak adil bagi seorang bekas menteri menuduh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat anak buah beliau sendiri.
Wan Azizah berkata bekas menteri kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tidak seharusnya menuduh seseorang itu tanpa bukti kerana melibatkan maruah seseorang.
Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata beliau seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata Ahmad Husni itu kerana Anggota Parlimen Tambun itu merupakan seorang yang sering menyentuh perihal agama tetapi mengeluarkan tuduhan sedemikian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Wan Azizah berkata demikian mengulas kenyataan Ahmad Husni di Dewan Rakyat Rabu lalu yang mengkritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan memberitahu punca beliau tidak lagi mengikuti perjuangan Anwar.
Ahmad Husni turut berkata beliau meninggalkan perjuangan Anwar selepas mendapati Anwar terlibat dengan kes liwat dengan anak buahnya (anak buah Husni).
Kenyataan Husni itu mengundang pelbagai reaksi dari pembangkang yang meminta beliau mengulangi tuduhan yang dilemparkan terhadap Anwar di luar Dewan Rakyat.
- 'Liwat anak buah': Johari cabar Husni ulangi kenyataan
Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata Husni mesti berbuat demikian memandangkan Anwar tidak dapat membela dirinya di Dewan Rakyat ketika tuduhan itu dibuat Rabu lalu.
Menurut Hansard, Husni ketika itu sedang membidas beberapa pemimpin pembangkang selepas memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan berkata, Malaysia akan mencapai tahap rasuah sifar apabila Datuk Seri Najib Razak berundur suatu hari nanti.
Pada satu ketika, Husni menuduh Anwar sebagai seorang peliwat dan berkata: “Liwat, dia terlibat dengan anak buah saya.”
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun sejak 2015, setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment