Write For Us

Bakal tanding di Selangor? Ini jawab Mat Sabu

Loading...
christmas sale Entertainment MindGames
103 Views
Published
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menyatakan keyakinannya bahawa beliau boleh menang di mana-mana saja kerusi yang ditandingi beliau pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 akan datang.
Kata Mohamad, keyakinan itu termasuk bagi kerusi Parlimen Kelantan dan Pekan, Pahang.
“Saya rasa peluang boleh menang dimana-mana saja, termasuk di Kelantan dan Pekan,” kata Mohamad dalam sidang media di ibu pejabat AMANAH, di Kuala Lumpur hari ini.
Parti AMANAH hari ini dilaporkan berkemungkinan meletakkan presidennya Mohamad Sabu sebagai calon PRU14 untuk kerusi Parlimen Kota Raja dan kerusi DUN Taman Templer, demikian menurut sumber-sumber parti itu.
Ini dipercayai sebagai sebahagian daripada langkah meletakkan pemimpin parti itu yang lebih dikenali di Selangor bagi menempatkan kedudukan parti itu sebagai pengganti PAS dalam kerajaan negeri.
Bagaimanapun, mengulas lanjut Mohamad atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu ketetapan itu bergantung kepada keputusan parti.
Menurut Mat Sabu, ini kerana permintaan untuk beliau bertanding datang dari banyak pihak.
“Parti akan menilai di mana kesesuaian saya selaku presiden untuk bertanding atau tidak, dan saya akan patuh kepada keputusan parti.
“Permintaan itu (bertanding) juga dibuat oleh AMANAH Selangor, AMANAH Kedah dan AMANAH Pulau Pinang, jadi parti akan pertimbangkan akhir nanti,” kata Mat Sabu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment