Write For Us

DAP mahu segerakan reformasi lepas gagal di PRN Sabah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
6 Views
Published
DAP mengakui parti itu kini berdepan krisis keyakinan serius, susulan prestasi hambar Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang berlangsung hujung minggu lalu.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) malam tadi.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata keputusan PRN jelas menunjukkan rasa tidak puas hati pengundi terhadap parti itu, dan maklum balas tersebut diterima secara terbuka oleh kepimpinan serta jentera kempen DAP di Sabah.

Loke menegaskan parti akan mengumpul semua maklum balas dan bekerjasama dengan Perdana Menteri untuk mempercepat agenda reformasi dalam tempoh enam bulan akan datang, sebagai langkah memperbaiki persepsi rakyat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment