Umum mengenali Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai pemimpin yang tegas dan sikapnya itu terserlah semasa sidang Dewan Rakyat hari ini sehingga ditegur oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang memintanya supaya senyum.
Nurul Izzah menasihatkan pemimpin Umno itu supaya tidak marah-marah selepas beliau meninggikan suaranya ketika menjawab pertanyaan rakan Nurul Izzah, Tan Kee Kwong (PKR-Wangsa Maju) mengenai skim sewa beli rumah milik kerajaan.
Menjawab Nurul Izzah, Tengku Adnan berkata: "Dengan YB saya senyum, muka saya dah memang camni (macam ini).
“Sebenarnya saya baik, jangan bimbang okay, dont worry be happy, Wilayah Persektuan, kamu ada saya,” katanya sambil disambut gelak ketawa dari ahli parlimen kedua-dua pihak kerajaan dan juga pembangkang.
Terdahulu, Tengku Adnan, yang popular dengan panggilan Ku Nan, memberitahu Tan bahawa mereka yang memohon skim sewa-beli itu tidak perlu membayar wang pendahuluan untuk rumah berkenaan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment