Write For Us

Eddy Rejang dibuang kerja

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
263 Views
Published
Individu yang merakam dan memarahi promoter minuman keras di pusat beli-belah didakwa telah kehilangan kerja sebagai penghantar barang.
Mohamad Edi Mohamad Riyars yang juga dikenali sebagai 'Edi Rejang' memaklumkan kepada Anggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng berhubung perkara itu.
Menurut laporan Malaysiakini, Lim berkata syarikat tempat Edi bekerja memberhentikannya selepas video yang dimuat naiknya tular dan mendapat kecaman ramai pengguna media sosial.
Semalam, Edi dalam satu video yang turut dihadiri Lim memohon maaf kepada promoter wanita berkenaan.
Lim menegaskan bahawa DAP tidak mendesak Edi untuk membuat permohonan maaf itu
Dalam permohonan maafnya, Edi mengakui kesilapannya dan menjelaskan bahawa tindakannya terhadap wanita itu disebabkan kepenatan kerja.
Edi juga menegaskan bahawa dia bukan seorang rasis dan mendedahkan beliau menghantar anaknya ke sekolah jenis kebangsaan serta mempunyai rakan berbangsa Cina.
Promoter wanita yang terlibat dalam insiden itu sebelum ini tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.
Wanita berkenaan juga meminta orang ramai menghormati ruang peribadinya dan tidak menyebarkan rakaman, gambar atau maklumat peribadinya
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment