Exco Kanan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Kim hari ini mempersoalkan kenyataan Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mazelan Paijan berhubung penganjuran Festival Makanan dan Minuman German "Centro German F & B Party" yang dijadualkan berlangsung di Klang.
Menurut Teng yang juga Naib Pengerusi DAP Selangor, Mazelan harus membuat kenyataan yang betul dan konsisten.
"Berkenaan dengan festival minuman dan makanan germany yg dipohon dianjurkan di klang, saya meminta supaya OCPD Klang Utara ACP Mazelan Paijan supaya membuat kenyataan yg betul dan konsisten.
"Jangan sekejap berkata kepada media bahawa tidak ada permohonan dan ada surat palsu dan kemudiannya berkata ada kebenaran diberikan tetapi akan ditarik balik. Mana yg betul? cakap dengan betul-betul.
"Sepatutnya polis bertindak secara profesional dalam perkara ini dan tidak memberi kenyataan yg bercanggah, sila." kata Teng dalam satu video pendek.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mazelan Paijan baru-baru ini berkata "Centro German F & B Party" diharamkan kerana ia akan menyampaikan minuman beralkohol kepada tetamu.
Ini adalah walaupun pihak berkuasa tempatan meluluskan permit untuk acara tersebut.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya semalam menolak untuk mengulas lanjut larangan polis yang dikatakan itu kerana ia "soalan teknikal dan operasi" yang harus dituju ke IGP.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment