Write For Us

Hampir kecoh, kereta diplomat Korea Utara tinggalkan HKL

Loading...
Google Rank
99 Views
Published
Kelihatan sebuah kereta diplomat Korea Utara meninggalkan perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun, pihak kedutaan tidak memberi sebarang kenyataan kepada pihak media yang lama menunggu sejak lama di luar pagar.
Difahamkan, pihak kedutaan memohon untuk menuntut mayat yang dikatakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea, Kim Jong-Nam.
Terdahulu, seorang wanita warga Vietnam ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bagi membantu siasatan berhubung kematian Jong-Nam.
Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata wanita terbabit ditahan sepasukan polis kira-kira 8.20 pagi tadi.
Wanita yang berusia 28 tahun itu ditahan ketika berseorangan berdasarkan kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang itu.
Polis masih lagi menjalankan siasatan terhadap suspek berhubung insiden tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment