Write For Us

Kecoh...aktivis dan polis hampir 'bertempur'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
107 Views
Published
Berlaku sedikit kekecohan diantara aktivis dan Polis ditapak perobohan kuarters Masjid.
Turut kedengaran rayuan daripada aktivis supaya pihak berkuasa tidak merobohkan rumah tiu.
Seramai sembilan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan selepas mengadakan protes terhadap perobohan tiga rumah dan dua kedai di perkarangan masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang, Selangor.
Setiausaha Agung PSM yang turut ditahan, A Sivarajan berkata, perobohan yang diarahkan Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB) itu dilakukan kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Rumah dan kedai tersebut sebelum ini didiami bekas ahli jawatankuasa Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, dan tindakan merobohkannya dijalankan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling.
Dilaporkan lapan lagi ahli parti itu yang ditahan ialah ketua pemuda Khalid Mohd Ismath, ahli pemuda Sharan Raj dan Paranjothi KS Joma, ahli PSM Subang T Mohan, dan aktivis yang hanya dikenali sebagai Ahmad Ridzuan, Ahmad Fauzi, Hafizudin dan Mohamad Anaqy.
Difahamkan kesemua sembilan yang ditahan dibawah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment