Write For Us

'Kalau boleh'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Nik Nazmi Nik Ahmad menawarkan diri untuk bertanding bagi mengisi jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).
Kata anggota parlimen Setiawangsa itu langkahnya menawarkan diri untuk mengetuai KLFA bersifat sukarela selain berdasarkan semangat kesukanan yang tinggi.
“Saya ini cuma backbencher (anggota parlimen penyokong kerajaan), saya tidak ada GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang boleh saya kawal, yang boleh saya seleweng atau seumpamanya.
"Apa yang saya ada adalah semangat kesukanan yang tinggi,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.
Terdahulu Nik Nazmi merancakkan pemilihan jawatan tertinggi KLFA apabila menjadi calon kedua yang berminat selepas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon membuat pengumuman pada 29 Okt lalu.
Pada 31 Okt Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menasihatkan ahli politik agar mengelak daripada menggunakan kedudukan mereka bagi menerajui persatuan sukan.
Anggota parlimen Muar itu berkata kerajaan berhasrat melihat persatuan sukan diterajui individu yang benar-benar berkelayakan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment