Write For Us

"Kapal layar, jet peribadi kena GST," Johari jawab MP PKR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) turut dikenakan terhadap pembelian kapal layar dan jet peribadi, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata demikian ketika penggulungan perbahasan Belanjawan 2018 di Dewan Rakyat, ketika menjawab soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya).
Wong bertanya sama ada pembeli kapal layar besar seperti ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB Jho Low dikenakan GST.
“Jika kami beli kapal macam Jho Low beli kapal besar itu, kegunaan peribadi, adakah dikecualikan GST? Jika dikecualikan, (ini) tak boleh diterima,” katanya.
Johari menjawab pengecualian GST untuk jet dan kapal layar hanya diguna pakai terhadap rundingan pelaburan yang mempunyai kesan strategik terhadap ekonomi.
“Orang beli kapal layar peribadi, dia kena bayar (GST),” katanya.
Menteri itu juga berkata pembelian pesawat syarikat negara Malaysia Airlines, AirAsia atau Malindo dikecualikan GST.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment