Write For Us

Kerajaan sedia kaji semula SOP ambil anak angkat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
62 Views
Published
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedia mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) proses pengangkatan bayi bagi membendung isu jual beli anak angkat daripada pasaran gelap.
Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh, berkata ini kerana pihaknya melihat wujud kelemahan dalam sistem proses pengangkatan sedia ada sehingga menyebabkan ramai ibu-bapa sanggup membeli anak angkat daripada pasaran gelap.
Justeru katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung perkara berkaitan proses pengambilan anak angkat yang dilihat tidak mudah bagi sesetengah masyarakat hingga mendorong mereka menggunakan cara lain bagi mendapatkan anak angkat.
Beliau berkata pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penutup pada Forum Kos Pengurusan Kesihatan Mental pada 17 Februari.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment