Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menjelaskan kos pengambilalihan semua konsesi tol di negara ini menelan sebanyak RM400 bilion.
Ini kerana, kata Khairy, konsensi itu merupakan satu perjanjian yang telah dimeterai dulu dan amat sukar untuk kerajaan hari ini untuk merombaknya semula.
Jelas Khairy, langkah itu dikhuatiri akan mendatangkan kesan negatif terhadap para pelabur yang ingin melabur di Malaysia.
"Mereka juga berjanji nak hapuskan semua tol. Nak rampas semula konsensi. Kerajaan dah buat kira-kira, kos ambil alih semua konsesi tol adalah sebanyak RM400 billion. Saya nak tanya - macam mana kita nak ambil alih kesemua konsesi ini? Nak bayar dengan apa? Bajet kerajaan setiap tahun pun sekitar RM200 bilion. Jadi duit nak ambil alih konsesi ini nak petik dari pokok
mana? Konsesi itu perjanjian.
"Kalau kerajaan sendiri mungkir janji, mungkinkah ada para pelabur yang masih ingin datang melabur di sini? Dan kalau tidak, dari mana kita nak dapatkan duit untuk pembangunan masa hadapan?" kata Khairy pada Perhimpunan Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment