Write For Us

"Lokap macam kandang haiwan"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
148 Views
Published
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melahirkan rasa kesal dengan keadaan lokap sedia ada di negara ini, yang didakwa kotor lagi menjijikkan.
Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata sehingga kini pihaknya telah menerima lebih 30 aduan yang mana datangnya dari lokap sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
"Perkara yang banyak diadukan kepada kita iaitu lokap yang amat kotor lagi menjijikkan.
"Kalau kita lihat daripada apa yang dilaporkan kepada kita maknanya memang tidak layak didiami manusia.
"Kita mendapat tahu kalau ikut bahasa yang kasar sikit ia macam kandang babi," kata Nadzim tanpa menyalahkan atau menuding jari kepada mana-mana pihak dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Kata Nadzim, perkara tersebut dibawa kepada media kerana terpanggil untuk memperbetulkan keadaan sedia ada kerana berasa malu.
Menurut Nadzim, sebagai negara Islam perkara tersebut tidak sewajarnya berlaku.
Oleh demikian Nadzim mahu pihak berwajib memandang serius perkara itu dan pihaknya juga bersedia membantu mengemukakan cadangan bagi mengatasi perkara tersebut.
- 'Lokap kotor dan jijik, polis pun pakai topeng'
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi berkongsi pengalaman ditahan di lokap yang didakwa kotor lagi menjijikkan.
Menurut Yusuf, tempoh empat hari yang dilaluinya begitu sukar di mana beliau terpaksa menahan bau busuk najis dan hancing air kencing hingga membuatkan dirinya berasa loya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment