Write For Us

Mahkamah tolak permohonan Musa, PRN Sabah tetap diadakan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu menolak permohonan 33 Adun dari negeri itu untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan Dun pada 30 Julai lepas.

Bernama melaporkan keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini menetapkan 26 Sept ini untuk pilihan raya negeri (PRN) manakala hari pencalonan pula pada 12 Sept.

Bulan lalu, ketua menteri Sabah ketika itu, Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dun Sabah untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri selepas mendapat persetujuan Yang di-pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment