Write For Us

'Mat Sabu, Azmin Ali boleh jadi PM'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
218 Views
Published
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali kurang yakin dengan kemampuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Perdana Menteri ke-7, sekiranya Pakatan Harapan menang di Putrajaya pada PRU-14.
Ibrahim berkata melihat kepada beberapa pemimpin wanita dunia yang pernah menjadi Perdana Menteri, namun budaya tersebut tidak sama dengan situasi di Malaysia.
"Kita tengok di Britain dulu Margaret Thatcher, sekarang ini Theresa May, Canselor Jerman Angela Merkel, dulu Indira Gandhi, Benazir Bhutto...tapi budaya berlainan dengan negara kita.
"Kita ada Majlis Raja-Raja Melayu dan sebagainya. Tidak mudah bagi seorang wanita untuk mengurus hal-ehwal negara kerana perlu banyak pergaulan.
"Dan kalau Wan Azizah menjadi perdana menteri, kerjanya yang pertama dia menampung suaminya," kata Ibrahim.
Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya hari ini.
Menurut Ibrahim, ada ramai calon di kalangan pembangkang yang lebih layak menjadi perdana menteri seperti Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment