Write For Us

Menjelang lawatan Najib, Washington Post siar kritikan keras

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Menjelang lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat minggu depan, sebuah akhbar berpengaruh negara itu menerbitkan lidah pengarang yang kritikal terhadapnya.
Kolumnis Josh Rogin pada 3 September di The Washington Post menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara Najib dan Presiden AS Donald Trump.
Kata Rogin, kedua-dua mereka sebenarnya mempunyai banyak persamaan.
Menyifatkan Najib sebagai “nasionalis dengan kecenderungan autoritarian”, Rogin berkata beliau dan Trump sama-sama terlibat dalam siasatan besar Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.
Rogin juga berkata Najib dan Trumb memainkan politik etnik dan menggunakan retorik nasionalis untuk membangkitkan kemarahan terhadap golongan lain.
Katanya lagi, kedua-dua mereka menang dalam pilihan raya umum lalu walaupun hilang undi popular dan gemar bermain golf bersama.
Di sebalik persamaan itu, kata Rogin, “cengkaman kuasa autoritarian Najib” lebih kuat daripada Trump.
Katanya, walaupun Trump mahukan musuh politiknya dipenjarakan, di Malaysia perkara itu telah menjadi rutin di mana Najib menggunakan undang-undang jenayah untuk mendiamkannya.
Najib dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Rumah Putih pada 12 September depan bagi memenuhi undangan Trump.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment