Write For Us

Najib ke SPRM lagi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
69 Views
Published
Datuk Seri Najib Razak tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada pukul 1.55 tengah hari tadi bagi memberi keterangan berhubung urus niaga 1MDB dengan International Petroleum Investment Co (IPIC).
Memakai sut biru gelap, bekas perdana menteri itu tiba dengan menaiki kereta SUV Audi Q7 bersama seorang pembantu.
Semalam, SPRM dilaporkan memanggil Najib dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar Abdullah bagi membantu siasatan berkenaan perkara itu.
Namun setakat pukul dua petang tadi Irwan masih belum tiba di ibu pejabat SPRM. Difahamkan beliau akan hadir sebelum pukul 3.30 petang ini.
Ini merupakan kali ketika SPRM memanggil Najib berhubung urus niaga 1MDB dengan IPIC - syarikat berpangkalan di Abu Dabhi - untuk bulan ini.
Dalam kes sebelum ini, melibatkan 1MDB dan SRC International, SPRM telah menahan Najib semalaman sebelum mendakwanya di mahkamah keesokannya.
Menurut laporan, Najib bakal berdepan enam lagi pertuduhan pada Khamis ini, menjadikan jumlah keseluruhan 38 pertuduhan yang dihadapinya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment