Write For Us

Parlimen 'kecoh' Johari-Gobind bertelagah, perkataan 'bodoh' bergema

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
151 Views
Published
Satu pertanyaan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah individu yang terlibat dalam siasatan berkaitan dengan 1MDB, membawa kepada pertengkaran antara menteri dan ahli parlimen.
Ia bermula apabila Ahli Parlimen DAP-Puchong, Gobind Singh Deo mengemukakan pertanyaan itu kepada Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Pada mulanya, Johari berkata, beliau tidak mempunyai jawapan kepada soalan itu, tetapi apabila diasak, beliau memberitahu Gobind supaya bertemu dengannya di luar Parlimen.
Ini menimbulkan kemarahan Gobind yang mengatakan bahawa beliau mahu jawapan di dalam Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, Johari berkata beliau tidak dapat mengubah kenyataan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jabatan Peguam Negara mengenai siasatan tersebut.
Apabila Gobind terus mengasak berulang kali dengan soalan yang sama, mereka saling 'bertikam lidah' dengan perkataan 'bodoh'.
Pertengkaran ini berlangsung selama beberapa minit sehingga Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar mencelah menghangatkan lagi sidang Dewan Rakyat.
Kemudian, Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee terpaksa campur tangan bagi mengingatkan mereka pada persidangan Dewan Rakyat agar tidak menggunakan bahasa tidak sesuai.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment