Write For Us

'Patik mohon supaya tidak hukum Dr M', luahan Syed Saddiq pada Sultan Kelantan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghasilkan video pendek meluah isi hatinya yang ditujukan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Video pendek yang dikongsi dalam laman Facebook Syed Saddiq itu adalah luahan hatinya berkenaan penarikan balik pingat kebesaran Darjah Kebesaran Tun Dr Mahathir Mohamad oleh Istana Kelantan semalam.
"Ampun tuanku merafak sembah menjunjung kasih ke bawah duli yang maha mulia tuanku Sultan Kelantan, sesungguhnya patik memohon ampun limpah perkenan tuanku mencemar duli mendengar isi hati patik ikhlas dari seorang rakyat Malaysia.
"Tuanku, baru-baru ini dilaporkan bahawa tuanku telah menarik semula anugerah darjah kerabat yang dikurniakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, tuanku patik memohon dengan penuh rasa rendah diri supaya tuanku tidak menghukum Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Syed Saddiq yang dipetik seperti didalam video pendek itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment