Write For Us

Pinda Akta Kastam, ambil tindakan terhadap penjual rokok haram - Johari

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
153 Views
Published
Kerajaan akan meminda Akta Kastam 1967 bagi mengambil tindakan ke atas individu atau pihak yang menjual rokok haram.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pindaan tersebut akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang.
"Kalau dapat kita pergi kedai jual rokok haram, satu kotak (yang dijual) kita akan denda dan kemungkinan dipenjara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Komuniti Sihat Tanpa Asap Rokok anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kampung Pandan Settlement di sini, hari ini.
Beliau berkata langkah itu diambil kerana aktiviti menjual rokok haram semakin berleluasa di negara ini sehingga bilangan rokok haram mencecah 50 peratus daripada rokok yang dikenakan cukai eksais.
Katanya ia juga menyebabkan kerajaan kehilangan banyak jumlah cukai eksais terhadap rokok.
Johari berkata kerajaan telah mengambil tindakan yang sepatutnya dengan meningkatkan kadar cukai eksais ke atas rokok dengan sekotak mengandungi 20 batang rokok dijual sehingga RM17.
"Kita (kerajaan) ingatkan tingkatkan duti eksais boleh kurangkan jumlah perokok, jadi kurang penyakit bersangkutan dengan rokok, maka kerajaan boleh jimat kos perubatan di hospital kerajaan.
"Rupanya, penggunaan rokok dikenakan cukai eksais memang jatuh tetapi penggunaan rokok haram pula meningkat," katanya.
Katanya rokok haram yang diseludup dari pelbagai negara termasuk dari negara-negara jiran semakin berleluasa dijual di negara ini dan kebanyakan peniaga rokok haram mempunyai pelanggan tetap mereka sendiri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment