Write For Us

PM patut berundur sementara mahkamah tentukan isu kekebalan - Zaid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
23 Views
Published
Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim hari ini menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar berundur sementara Mahkamah Persekutuan meneliti kelayakannya untuk mendapat kekebalan eksekutif daripada tindakan saman sivil.

Zaid berkata langkah berundur itu adalah wajar dalam usaha menegakkan keadilan dan memastikan proses kehakiman bebas daripada sebarang tekanan politik.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Anwar telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi minggu lalu untuk merujuk lapan soalan perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan.

Permohonan itu bertujuan menentukan jika dia, sebagai perdana menteri, berhak mendapat kekebalan daripada saman sivil yang difailkan oleh bekas pembantunya, Muhammad Yusoff Rawther.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment