Write For Us

Ramasamy label Anwar PM paling hipokrit, dakwa reformasi gagal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
5 Views
Published
Pengerusi Urimai, P Ramasamy, menyifatkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sebagai perdana menteri paling hipokrit kerana didakwa gagal menterjemahkan janji reformasi institusi kepada tindakan nyata.

Beliau berkata, kegagalan itu jelas dalam isu pembunuhan di luar proses kehakiman oleh polis, penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma, serta kes kematian dalam tahanan.
Menurut Ramasamy, jurang besar wujud antara retorik reformasi ketika Anwar berada dalam pembangkang dan realiti apabila memegang tampuk kuasa.

Katanya, pembunuhan di luar proses kehakiman terus berlaku dengan naratif mempertahankan diri digunakan berulang kali, namun tiada anggota polis didakwa atas tuduhan bunuh.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment