Write For Us

Rosmah ke mahkamah 3 petang esok

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka akan hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta esok pada 3 petang.
Perkara itu dimaklumkan peguamnya K Kumaraendran di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini
Terdahulu, Rosmah tiba pada 11.40 pagi dengan menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam dan diiringi sebuah kereta Proton Waja.
Menurut sumber SPRM, notis memerintahkan Rosmah hadir telah diserahkan semalam.
Pada awal Jun lalu, sebuah portal berita melaporkan kemungkinan wujud penyelewengan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar bernilai RM2.5 bilion di Sarawak yang didakwa diberikan melalui penganugerahan kontrak secara terus di bawah arahan seorang bekas pemimpin tertinggi negara.
Pemimpin berkenaan turut didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan pada Januari tahun lepas agar melantik sebuah syarikat perniagaan kereta sewa di Bintulu bagi projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment