Write For Us

Salah laku warga maya perlu dijelaskan andai tiada tindakan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
79 Views
Published
Sebarang salah laku netizen (warga maya) perlu dijelaskan andai tiada tindakan daripada pihak berkuasa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
Beliau berkata ini kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah sedaya upaya membantu pihak berkuasa dalam sebarang siasatan berkaitan salah laku netizen dan tiada kuasa untuk menangkap dan seterusnya membawa pelaku jenayah ke mahkamah.
“Kami perlu bertindak pantas. Kerap kali kalau tidak setiap kali, kita memberikan respons dengan pantas. Tetapi selepas dari itu kita lihat tidak ada tindakan. Jadi, saya telahpun maklumkan kepada pihak polis. Adalah penting bagi anda memberi penjelasan kepada rakyat.
“Tidak boleh ada keadaan di mana kita dilihat berlakunya muat naik yang tidak sepatutnya, kemudian tidak ada tindakan. Bagi saya kalau kita nak wujudkan undang-undang, ianya perlu efektif. Kalau ada undang- undang, kita perlu bersedia untuk menggunakan undang-undang tersebut.
“Jadi bila laporan polis dibuat, kita perlu ambil tindakan cepat. Setakat mana yang SKMM boleh, kita akan laksanakan, tapi kuasa untuk tangkapan, kuasa untuk keputusan, tuduh dan sebagainya, ini di luar bidang kementerian saya. Saya fikir rakyat patut tahu soal kenapa tiada tindakan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media sempena ulang tahun pertama pentadbiran kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan di pejabatnya di Wisma Angkasapuri pada Isnin.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment