Write For Us

Skuad #TerimaKasi | Rantaian Kasih | Misi 5

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Skuad #TerimaKasih adalah satu program tanggungjawab sosial yang dilancarkan pada 1 Jun 2017. Program ini merupakan inisiatif yang dilancarkan untuk memupuk kesedaran bahawa kebaikan boleh dilakukan tanpa mengira siapa anda atau bagaimana keadaan anda.
Menerusi program ini, tujuh pertubuhan iaitu Majlis Bagi Orang Buta Malaysia, Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS), Persatuan Pengasih Malaysia, Persatuan Orang Pekak Johor Bahru, Spinal Muscular Athropy (SMA), Jabatan Penjara Malaysia, Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) bakal berkolaborasi bersama duta-duta Skuad #TerimaKasih dalam beberapa misi yang dinamakan Rantaian Kasih untuk menyebarkan kasih sayang dan kebaikan sesama kita sebagai tanda #TerimaKasih.
Pada 12 Jun 2017 di Suria KLCC, Skuad #TerimaKasih telah menjemput beberapa orang ahli persatuan Spinal Muscular Athropy untuk mengetuai acara lelongan amal lukisan yang telah dilukis oleh kanak-kanak palsi serebrum sebelum ini. Mereka berjaya melelongkan semua lukisan dan hasil jualan lukisan tersebut disalurkan ke dana Skuad #TerimaKasih. Di sebelah petangnya pula adalah acara bermain catur bersama artis Aizat Amdan dan personaliti Fiza Sabjahan. Acara itu tamat dengan sesi berbuka puasa bersama-sama di Suria KLCC.
Duta Skuad #TerimaKasih:
- Zainal Ariffin, Fakhrul Radhi, Fiza Sabjahan, Uyaina Arshad
Duta #TerimaKasih:
- Faizal Tahir, Aizat Amdan, Redza Rosli, Zakuan Adha, Ayda Jebat, Elfira Loy, Mira Filzah
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment