Write For Us

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 2

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
Skuad #TerimaKasih adalah satu program tanggungjawab sosial yang dilancarkan pada 1 Jun 2017. Program ini merupakan inisiatif yang dilancarkan untuk memupuk kesedaran bahawa kebaikan boleh dilakukan tanpa mengira siapa anda atau bagaimana keadaan anda.
Menerusi program ini, tujuh pertubuhan iaitu Majlis Bagi Orang Buta Malaysia, Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS), Persatuan Pengasih Malaysia, Persatuan Orang Pekak Johor Bahru, Spinal Muscular Athropy (SMA), Jabatan Penjara Malaysia, Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) bakal berkolaborasi bersama duta-duta Skuad #TerimaKasih dalam beberapa misi yang dinamakan Rantaian Kasih untuk menyebarkan kasih sayang dan kebaikan sesama kita sebagai tanda #TerimaKasih.
Pada 6 Jun 2017, bertempat di Step and Smile Pusat Pendidikan Konduktif Kanak-kanak Palsi Serebrum, Plaza Damas 3, STK akan menyertai kanak-kanak ini untuk membuat lukisan dengan dibantu oleh Marini Ramlan @ Nini Marini yang merupakan insan kreatif dalam menghasilkan karya seni. Dalam acara ini turut diserati duta STK Fiza Sabjahan dan Uyaina Arshad.
Duta Skuad #TerimaKasih:
- Zainal Ariffin, Fakhrul Radhi, Fiza Sabjahan, Uyaina Arshad
Duta #TerimaKasih:
- Faizal Tahir, Aizat Amdan, Redza Rosli, Zakuan Adha, Ayda Jebat, Elfira Loy, Mira Filzah
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment